Terhampar kini di UTP setelah balik dari cuti sebulan yang kini cuma dalam kenangan. sekarang dah 3 hari berlalu dengan lecture dan segalah registration-regstration. Agaknya semua berjalan lancar.harap hingga ke hujung sem lah agaknya.amin.. well,cuti sebelumnya bes.mengenang masa depan dan tanggungjwb yang ada, kena juga balik utp.kalau tak,tersadai kat rumah sampai sekarang..mengimbas balik masa cuti,bnyak bnda yang bes dibuat,berlaku dan berlangsung. tambah lagi dengan adanya DSLR canon 1000D yang baru di'purchase' sebelum cuti start. Ada msanya g photoshoot belakang rumah dan macam2 tempat yang lain. well, awal part dalam masa cuti tu,aku fly g kuching dengan niat untuk berjumpa dengan buah hati. stay rumah kawan for the 5 days. hepi rsanya bila dapat jumpa si dia.luangkan masa bersama walaupun sekejap. lepas habis lima hari,trus g bintulu naik bas. then to kampung,rumah specifically. spend masa2 ngan family. starting 20 dec 2010,bnyak aktiviti yang diadakn sempena menenti hari krismas pada 25dec. sempat ikut tournament bola sepak piala krismas. manage lepas group stage jer. kat kampung sendiri bnyak aktiviti kecil2 berlangsung.sukaneka,karoeke,pertandingan ngajat dan macam2 lagi.memang seronok kalau disimpulkan dengan kata2. menjelang hari xmas pula,dari pagi sampai malam g open house.mmng kenyang dan puas menikmati makanan yang beraneka mcam. lpas xmas,still bnyak perkara yang berlangsung kat kampung. bnyak projek mega dilangsungkan sperti projek kayu gaharu dan bnyak lagi.15 jan 2011. PM sendiri datang kat Belaga beserta dengan ketua menteri sarawak untuk mengadakan sedikit perbincangan mengenai masalah rakyat di Asap-koyan. rugi pulak tak pegi tengok sekali masa tu.ikuti perkembangan lebih kat laman nih..
http://bakobafc.blogspot.com/2011/01/pm-membawa-harapan-baru-kepada-penduduk.html
..19 dah kena balik utp..flight kol 230/19jan2011 dari epot bintulu g KLIA. sampai jer terus naik bas g gopeng.then pengankutan seterusnya taxi ke Utp. sedar tak sedar,dah kena pindah 'asrama pulak'.lompat dari V1 G V5 terus. tak tau apa yang dah berlaku di sebalik tadbir.management utp ade2 je suprise. tapi ape2 pun syukur juga,bilik baru lebih besar dari bilik lama.da dapur and refrigirator..bilik kat tingkat 5,so kena turun-naik tangga bnyak kali.nasib de broadband untuk layar tenet,kalau tak naik berang juga dengan connection utp yang asyik tenggelam timbul cam biskut chipsmore..kelas2 semuanya around pocket D ,so tak lah jauh.5 minutes walk.